Anda sudah membaca novel dan komik yang telah kami paparkan? Berapa bintang yang anda hendak beri? Cuma klik jumlah bintang di bawah setiap entri.

Friday, August 27, 2010

Pendekar Melayu Terakhir


Bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke-53, rasanya komik ini sesuai dijadikan bahan bacaan kita semua. Pendekar Melayu Terakhir merupakan karya terbaru Pekomik Azhar Abdullah. Anda boleh ikuti temubual beliau bersama wartawan PTS di



Ketika kebebasan bangsa disentak....
Ketika maruah bangsa dipijak-pijak....
Ketika hak bangsa dilanyak-lanyak....

Dia muncul mengakhiri semuanya....
Dialah Pendekar Melayu Terakhir
Namun benarkah beliau yang terakhir?

Monday, August 9, 2010

Pengembaraan Afiq





Watak utama dalam cerita ini adalah Afiq, seorang remaja berumur 14 tahun dan adik perempuannya, Hana yang berumur 7 tahun. Apabila berlaku satu insiden yang mengakibatkan kedua-dua ibu bapa mereka 'diambil' daripada mereka, kedua-dua beradik ini harus bersama-sama dalam satu pengembaraan yang sukar, bagi 'mendapatkan' semula ibu bapa mereka. Atas sebab tertentu, mereka hanya mempunyai masa selama 6 hari ataupun ibu bapa mereka akan hilang buat selama-lamanya.

Dalam perjalanan itu, kedua-dua beradik ini terpaksa menghadapi cabaran-cabaran yang tidak diduga. Mereka menemui sahabat baru yang datang tidak disangka-sangka, namun dalam masa yang sama, berdepan dengan musuh yang cuba menamatkan nyawa mereka. Mereka diuji sehingga had kemampuan mereka, ketika hanya tawakal kepada Allah, beserta kasih sayang dan persahabatan yang mereka miliki sahaja yang boleh menyelamatkan mereka...

Dengan izin Allah, mereka boleh berjaya. Namun, persoalan yang lebih penting adalah, adakah mereka berjaya dalam pengembaraan lain yang sama penting; yakni kembara hati dan fikiran mereka?!

Justeru, novel ini menjemput para pembaca untuk mengembara bersama-sama Afiq dan yang lain, bagi mencari dan menilai semula apakah yang penting dan yang sebaliknya dalam hidup ini. Elemen kasih sayang, persahabatan dan cinta yang sesuai dengan tahap umur remaja kini turut diterapkan selain elemen misteri dan suspen yang mewarnai liku-liku plot di dalamnya.

Mari kita ikuti temu bual bersama penulis novel ini, Mohd Zahar Yasin.


1. Ceritakan serba sedikit latar belakang penulisan anda. Bagaimana anda bermula sebagai penulis dan antara karya yang pernah diterbitkan.
Saya mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan ini kira-kira 5 tahun lepas, namun hanya betul-betul serius dalam dua tahun kebelakangan ini. Sejak kecil saya memang sangat menggemari buku dan akan membaca apa sahaja yang boleh dicapai oleh tangan. Namun hinggalah saya terbaca satu artikel bahawa penulis yang baik adalah juga seorang pembaca yang baik, barulah saya terfikir untuk mula menulis. Percayalah, ianya sangat sukar pada awalnya. Namun kerana minat, alhamdulillah, saya sudah mula berasa seronok dan yakin untuk terus menulis. Menyebut tentang karya, Pengembaraan Afiq adalah buku pertama saya yang telah diterbitkan dan Insya-Allah buku kedua saya, Legenda Elfarren akan diterbitkan dalam bulan Ogos ini.

2. Bagaimana boleh timbul idea nak buat cerita berbentuk sebegini?
Idea ini sebenarnya datang apabila melihat dua orang anak saudara saya (saya menggunakan nama mereka dalam buku ini) yang sering bergaduh. Itu bukanlah perkara pelik kerana kebanyakan adik-beradik memang begitu. Namun saya terfikir, mengapa perlu jadi begitu? Adik-beradik seharusnya saling menyayangi dan saling melindungi antara satu sama, setiap masa! Bertitik tolak dari situlah, saya memikirkan satu pengembaraan yang akan membuatkan mereka menilai semula perhubungan mereka dan juga apa yang penting dalam kehidupan mereka...

Cabarannya terletak pada kajiannya. Maklumat yang disertakan haruslah tepat dan boleh digambarkan dengan mudah. Syukurlah saya pernah mengikuti perkhemahan di dalam hutan selama beberapa hari, justeru sebahagiannya bolehlah diterjemahkan dalam buku ini.

4. Harapan anda terhadap novel ini?
Harapan saya sudah tentulah supaya novel ini boleh diterima ramai. Namun apa yang lebih penting adalah, para pembaca dapat menikmati pengembaraan dalam novel ini sambil mengambil beberapa pengajaran yang boleh didapati daripadanya.


5. Projek terbaru selepas Pengembaraan Afiq?
Daripada maklum balas yang saya terima, terutama para pelajar sekolah yang telah membaca novel ini, mereka bertanyakan jika ada sambungan bagi buku ini. Insya-Allah, jika ada rezeki dan dipersetujui oleh pihak penerbit, saya telah pun memikirkan pengembaraan berikutnya bagi Afiq, Hana, Nurul, Abang Is dan juga Leo!

Selain itu, seperti yang saya sebut di atas tadi, buku kedua saya yang bergenre Fantasi/Adventure akan keluar Ogos ini. Tajuknya Legenda Elfarren, juga akan diterbitkan oleh Alaf 21...

Buku seterusnya? Saya sudah pun memikirkan beberapa idea dan kini sedang membuat kajian yang secukupnya sebelum mula menulis. Insya-Allah, selagi ada kemampuan dan selagi ada idea, buku-buku saya akan terus menemui para pembaca...