Anda sudah membaca novel dan komik yang telah kami paparkan? Berapa bintang yang anda hendak beri? Cuma klik jumlah bintang di bawah setiap entri.

Monday, July 19, 2010

Aku, Dia & Gitar


Keindahan petikan gitarnya dan suaranya membuatkan aku sebagai Alisa menemui jalan hidupku setelah berpisah dengan teman lelakiku. Dia hanya mahu dikenali dengan nama Mr. Pinky. Seorang lelaki yang berjalan tanpa arah tujuan dengan sebuah gitar 'kapak'nya menghiburkan orang-orang di sekelilingnya. Ini sebuah cerita kehidupan. Ini juga sebuah melodi kasih yang bermula dengan keindahan 'Pelangi'. Ini kisah antara Aku, Dia dan Gitar...

Temu bual bersama Nurfa:

'Aku, Dia dan Gitar' ini cerita tentang apa?
'Aku, Dia dan Gitar' (ADG) mengisahkan tentang kehidupan Alisa di universiti. Alisa baru sahaja putus cinta dengan boyfriend dia. Dia ini ada perangai yang pelik iaitu akan mencari hobi baru bila putus cinta. Dalam pencarian hobi baru, dia bertemu dengan seorang mamat gitar yang hanya dikenali sebagai Mr. Pinky lantas dia buat keputusan untuk bermain gitar sebagai hobi. Dari situ bermulalah episod baru antara Alisa (Aku), Mr. Pinky (Dia) dan Gitar.

Kenapa pilih jalan cerita sebegini?
Sebab nak balas dendam dengan kehidupan saya di universiti. Orang kata (sebenarnya saya yang kata) kalau kita tidak dapat cipta kenangan indah masa di universiti, kita tulislah angan-angan yang boleh mengindahkan lagi kenangan lalu. Itu juga salah satu terapi. Jadi, saya ambil keputusan untuk tulis cerita tentang kehidupan di kolej/universiti dan tambah sikit rencah-rencah kehidupan remaja.

Bagaimana boleh dapat idea sebegini?
Idea datang dengan tiba-tiba dan terlampau banyak idea masa tu. Watak Mr. Pinky dah lama saya fikir tapi tak berpeluang nak hidupkan watak tu. Begitu juga dengan watak Alisa. Jadi, saya gabungkan kesemuanya sekali dalam satu cerita. Lagu-lagu Jay Chou juga mempengaruhi idea-idea cerita ni.

Harapan daripada 'Aku, Dia dan Gitar'?
Harapan saya tak adalah tinggi menggunung tapi saya harap pembaca dapat memahami apa yang saya maksudkan dalam buku itu. Tapi kalau boleh nak juga sampai tahap bestseller...hehehe...